Sukarnya Kawal Berat Badan…

 

ezshape_main

Dah lapan bulan selepas melahirkan…Berat badan turun naik, tapi dalam 2 bulan kebelakangan ni nampaknya makin payah nak turun. Mungkin peningkatan usia menjadi salah satu faktor, tapi kenapa macam tidak pada semua wanita.

Hmmm… dah banyak website cadang penurunan berat badan bagi wanita selepas bersalin. Pelbagai kaedah termasuklah senaman, makanan tambahan, bahan pelangsing, jadual makan siap resepi pun ada.

Mana satu nak ikut?? kalau tengokkan promosi makanan pelangsing mahu jer aku makan tapi bila ada kes kesan sampingan selepas penggunaan bahan tersebut takut pulak nak mencuba. Yelah, mungkin sipengguna yang mengalami kesan sampingan tu dah ada penyakit lain dan akibat dari itu, penyakit ‘tersembunyi’ itu menunjukkan dirinya.

Macamana kalau aku pun ada penyakit yang macam tu jugak. Aduih…takut jugak. heh heh. Akhirnya…aku ambil keputusan nak gun Ogawa Butterfly yanghusband beli tahun lepas. Lagipun dah ada, tak payah nak keluarkan duit lagi. Guna sajalah…dengan jadual tersusun dan harapnya boleh berdisiplin. Kalau menjadik, bolehlah beritahu kat kawan2 yang sama masalah dengan aku.

So, GOOD LUCK pada diri sendiri.

“STRIVE FOR GOOD HEALTH n shape…heheheh”

Ulasan

Catatan Popular