ANTIOKSIDAN...sukarnya cari sumber dalam bahasa ibundaku...

Salam...

Dah lama sangat tak ber'blog'. kerja bertambun-tambun (termasuk kerja rumahsekali !! hihi), now cuti baru ada mood sikit nak mencari bahan menambah ilmu didada.

Sebenarnya topik kali ini dah biasa kita dengar, ANTI-OXIDANT atau ejaan dalam bahasa kita ANTIOKSIDAN. hah !! pandai pun eja. ahaks...   ;)

Saya mula mencari bahan di Google, menaip kata kunci yang sesuai berkaitan topik ini, namun sukar sekali untuk menemui bahan yang dicari dalam Bahasa Melayu. Kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris dan ada juga dalam bahasa Indonesia. Some article membincangkan topik ini secara general, ada yang menjurus kepada kepentingan produk masing-masing dan ada juga yang detail tapi of course dalam English. Dan banyak rujukan perubatan/jurnal dsb dalam bahasa inggeris.

Akhirnya demi mencari sedikit kefahaman tentang topik ini, saya cuba untuk memahami beberapa artikel barat yang menyatakan sumber rujukan masing-masing.

APA ITU FREE RADICALS (RADIKAL BEBAS)?
menurut sumber yg saya baca dari EatRight, Free Radicals ialah bahan yang dibebaskan oleh proses normal tubuh seperti bernafas atau aktiviti fizikal yang lain dan juga dipengaruhi oleh aktiviti cara hidup seperti merokok, pencemaran dan sebagainya.

SO, maksudnya FREE RADICALS NI ADA DIMANA-MANA?? ....YE BETUL !!



BAHAYA KE FREE RADICALS??
Oleh kerana free radicals ni tak stabil, jadi ia cenderung untuk menstabilkan dirinya dengan mengambil elektron dari cell yang sihat. hmm. . . .seperti ilustrasi dibawah ni...uihhh takut nengoknyer....


Jumlah free radikal yang banyak akan memberikan kesan negatif terhadap sel tubuh kita SECARA PERLAHAN_LAHAN.....isyhh... TENGOK TU...


MACAMANA NAK HALANG FREE RADICALS NI?? ....dengan ANTIOKSIDAN

Untuk halang free radicals secara total mungkin sukar tetapi langkah untuk membantu ketahanan sel tubuh dari serangan free radikal ini ialah dengan pengambilan ANTIOKSIDAN seperti Vitamin C dan  E, Karotenoid termasuk beta-karotein, lycopene dan Lutein.

Carotenoids (ada dalam sayuran berwarna hijau gelap, kuning gelap, dan juga merah seperti carrot, bayam, kentang manis, squash dan brokoli)
- Antara yang popular adalah beta-carotene, lycopene dan lutein. Makanan yang mengandungi Carotenoids yang tinggi membantu mencegah cancer dan mengurangkan risiko "Macular Degeneration" - sejenis penyakit berkaitan mata.



Vitamin E (ada dalam minyak sayuran, margerine, wheat germ, produk whole-grain, kekacang )
Banyak kajian menunjukkan kebaikan Vitamin E dalam penjagaan kesihatan terutama faktor antioksidannya. Ia membantu melindungi tubuh badan dari kerosakan sel yang menjuruskan kepada penyakit kanser, jantung dan katarak.


Vitamin C (banyak dalam buah-buahan citrus, grapefruit dan tangerine, strawbery, tomato, brokoli dan kentang)
- terkenal sebagai "the best-known antioxidant". Membantu melindungi tubuh badan dari jangkitan dan kerosakan sel, membantu penghasilan kolagen dan membantu dalam penyerapan zat besi dan folate.

FUHH...panjang lebar jugak penjelasan yang "ringkas" ni. hahaha

Last, but not least...
Perkara yang terbaik untuk penjagaan kesihatan bukan terletak pada mahalnya harga makanan yang dibayar TETAPI...berapa banyak khasiat yang diberikan untuk tubuh badan.

Kita semuaaaa MAKLUM sangat2, saranan pemakanan yang baik mestilah mengandungi buah2an dan sayuran yang mencukupi...... yang selalunya...bukan ANDA malah SAYA juga SUKAR nak PATUHI. hmmm....

So, kita baca sikit apa yang ditulis pada akhir article tersebut sebagai penutup kata...

"Many health authorities recommend getting antioxidants from food instead of supplements, and research has not shown antioxidant supplements to be beneficial in preventing disease. However, there may be circumstances that make healthful eating a challenge. Ask a registered dietitian nutritionist or your doctor whether you need a supplement. A registered dietitian can evaluate your eating pattern and determine whether a supplement is right for you....
(Antioxidants, - Academy of Nutrition and Dietetics)

Ulasan

Catatan Popular