Rabu, 21 Julai 2010

DEBAR DI HATI..

Rasanya semua ibu pun macam ni bila menanti kelahiran anak. Tak kiralah anak pertama, kedua mahupun anak ke tiga belas akan ada rasa debar nih...

Dah bersedia?? Tak reti pulak nak cakap. Bila tiba saat melahirkan tu ...agaknyalah dah bersedia.Mental dan fizikal.

Tapi mengandung kali ni rasa teruk sangat. Mungkin faktor usia juga fizikal agaknya buat aku rasa macam agak2 dah tak larat untuk yang ke empat. Dengan keletihan melampau, dua puteri yang membesar (dan hampir sebaya)yang agak nakal buat kadang-kadang rasa tak tentu hala. hehehe..macam2 ragam sungguh.

Alhamdulillah...dapat jugak tangani sikit2 sekarang ni. Maybe sbb dah tinggal tunggu hari kot. heh heh...

Doakan aku selamat melahirkan. Baby boy or girl tak kisah...(walaupun ada niat nak baby boy pulak..)asal sihat dan sempurna. Jadi anak soleh/solehah..
Amin,