Ahad, 17 November 2013

DIET 4 - PREVENTING WEIGHT GAIN

ALHAMDULILLAH. . .

harapannya, bila anda dah dapat "HEALTHY WEIGHT", usaha yg seterusnya ialah untuk ELAKKAN KENAIKAN BERAT BADAN!!

Hmm. . .boleh dah mulakan/rancang pelan pemakanan yang sesuai yang boleh bantu anda untuk KEKALKAN BERAT BADAN YANG BAIK ITU.

APA YG HARUS ANDA BUAT??
  1. Pilihlah makanan yang membekalkan jumlah kalori yang perlu untuk tubuh badan anda. Nilai ini sudah pasti berbeza mengikut individu mengikut JANTINA, BERAT BADAN, USIA DAN AKTIVITI HARIAN ANDA.
  2. Pilihlah gaya hidup aktif. CUBA tambahkan sedikit senaman untuk membantu tubuh anda membakar kalori.
  3. Pantau berat badan anda. But please be reasonable, bukan timbang setiap hari ye.   :) haha.

KEPADA YANG BELUM BERSEDIA UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN (sekiranya berat badan anda tidak sihat...) apa yg boleh saya sarankan ialah ELAKKAN PENAMBAHAN BERAT BADAN sehinggalah anda betul2 bersedia untuk menurunkan berat badan anda.

anda boleh rujuk artikel dari CDC untuk maklumat lanjut
http://www.cdc.gov/healthyweight


Opssss.....lupa pulak nak tanya..."HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY??"







Sabtu, 16 November 2013

SIBUK....SIBUK...DAN SIBUK...

SALAM.
 
HAVE U HAD YOUR SHAKE TODAY??
 
masih soalan yang sama.
 
Hari berganti hari, bulan berganti dan akhirnya dah nak sampai ke penghujung tahun. Kesibukan kadangkala menyebabkan terpaksa ketepikan perkara yang kita suka. Dahulukan yang penting, tanggungjawab seharian. Dan harini, baru ada sedikit masa dari masa-masa sibuk untuk update. ...alhamdulillah....syukur.
 
Ibu bekerjaya memang macamni. Tuntutan kerjaya dan tanggungjawab menguruskan anak-anak memerlukan diri menjadi lebih teguh, sabar, cergas dan sihat. Minda mesti fokus, diri mesti BERMOTIVASI. Fuhh!! ayat... keadaan yg sebenar mungkin lebih "challenging" dan "exciting". Teruskan usaha sahabat!! menjadi ibu yang TERBAIK untuk anak-anak dan Isteri yang TERBAIK untuk suami. dan pasti MUSLIM yang TERBAIK untuk syurga Allah...