Rabu, 17 November 2010

Terkabul Juga Hasrat Mak…

 

Alhamdulillah,..dengan izinNya mak sampai jugak kat Mekah. Tunai haji dengan biaya kami adik-beradik. Walaupun bukan dengan arwah Norman, Allah jemput jugak mak.

Masa hantarmak tempohari, berjebak-jebak airmata aku keluar. Syahdu sangat rasanya. Lagi syahdu bila mak kata,” Ayang, terima kasih hantar mak ke Mekah.”. Apalah sgt yang aku buat kalau nak banding dengan jasa mak. Sampai 2-3 hari terngiang-ngiang kata-kata mak kat telinga nih.

Harini, hari raya haji. Aku bayangkan apa yang mak tgh buat kat sana. Masa sebelum wukuf aritu mak kata dia takut nak wukuf. Iyelah, mak sorang je. Tapi aku doa agar mak dipermudahkan segala urusan. Moga haji mak mabrur. Kakak2 dan adik2 pun doa yg sama. Aku tak nak kata…”kalaulah Norman ada”…sebab Norman dah takde. Dah hampir setahun pun…

Haritu sebelum pegi haji mak ada cakap…mak nak nampak Aman kat sana kiranya Allah izinkan. Aku tak tau nak cakap apa. Aku tahu mak sedar Aman dah takde, tapi dia harap kalau2 ada iras Norman dikalangan ramai2 org masa haji nanti, biar terubat rindu mak, biar hilang luka pedih kat hati mak.

Hm…dah mengalir air mata aku nih. Aku mohon sangat-sangat biar mak selamat sempurnakan haji mak, dan selamat balik ke sini. Biar kenikmatan tunai haji mak hilangkan segala luka pedih hati mak. Biarterubat jiwa mak.

Mak…ayang memang tak reti nak berbahasa, kadang-kadang ayang macam tak de apa-apa rasa, tapi ayang nak mak tahu…..ayang sayang mak…