AGIHAN TUGAS UNTUK SEMUA AJK

Rasanya malas nak mintak semua AJK datang opis aku yang semak dan kecik ni. So, boleh le check kat sini update kerja2 dan agihan tugas AJK masing-masing. Moganya 'bergembira'lah yer...heheheh

PENYELARAS PMR

Kerja-kerja untuk PMR dah kena dimulakan memandangkan peperiksaan is just around the corner 7th Oktober (Rabu)- 13 Oktober (Selasa). Takut sahabat2 tak sempat datang UPPM jadinya...ini antara perkara yang perlu diselesaikan:-

1. Jadual waktu PMR

- dah kene serah pada pelajar by this week, so dia bulehla nak tampal ke apa ker..
- kene tampal kat board kat dewan.

2. Dewan Peperiksan

- kene check kebersihan, susunan meja+kerusi, kene mintak pak Mat & the geng sapu dan bersihkan pada 5 hb. Meja+Kerusi kene susun on 2nd Oktober siap dan di'seal'. hehe

- meja pengawas kat atas pentas (siap dgn skirting ek) kalau boleh guna meja besar (macam kat DS tu kot) - ni je idea yg tgh ada skang.

-JAM !! of course yang bagus. Jam kat kiri kanan dewan tu pun gantikan bateri dia ek. Pastikan masa selaras, jgn ada 3 jam, 3 masa pulak. kang penin budak2 tu.

- kene letak kabinet besi 1. Pastikan kosong kat dalam tu, jgn ada surat2 cinta lah...apalah...ek.hehe

- White board + eraser +marker. Yg ni semua mesti ada kat UPPM rasanya. Please check. Marker tu pastikan yg mata lebar tu ek.

- kat meja pengawas kene tampal susunan meja calon. kat board pun kene tampal sekali dengan nama calon ikut pusat.

3. Untuk calon

- ready kenyataan semakan untuk beri pada pelajar- idea akak masa sususn meja on 2nd Okt tu.

- label meja calon (please print dan tampal - ni buat dengan budak2 tu lah)

- tgk peralatan lain yang mungkin diperlukan (scientific calculator)


4. Pengawas Peperiksaan

- uruskan makanan dan bilik makan tu lah ek. Jumlah pengawas tak tahu lagi sbb K.Pengawas tak contact kita lagi cumanya urusan tu (surat...etc..) dah nak kene prepare. O.k??

5. Giliran Guru Bertugas

- o.k part ni kene explain sikit. Ada 2 jadual. jadual2 ni kene tampal kat dewan. Bagi no phone sekali. Ini diperlukan oleh Ketua Pengawas.

1- jadual AJK UPPM semasa exam : ni untuk standby jer...tak perlu semua. Cuma AJK yang jaga MR jer. Akak pun ada, Aina pun ada, Dijah pun kan ada...hehhe.

2- jadual guru yang kene datang depan dewan, beri semangat, Strive for all A's ! dsb. Yang ni kene ikut jabatan. Sorang for each paper. Kalau ikut idea akak guna Penyelaras dia lah...mudah sikit sbb mmg selalu diorg yang bertanggungjawab. Cikgu2 lain tu optional. tapi selalunya cikgu2 datang tgk anak2 murid tercinta ni.

Rasanya ini jer buat masa ini. Harap Penyelaras PMR buleh dah nak berbincang dgn asisstant - Penyelaras F3 ye. Ada apa2 kemusykilan please jumpa saya yer. Moganya, berjalan lancar ler...PMR pertama kali ini. Insya -Allah.

STRIVE FOR ALL A's !!!

Ulasan

Catatan Popular